SEJARAH JHEV
PENGENALAN

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) merupakan sebuah Jabatan yang memberi perkhidmatan 'one-stop centre' kepada Veteran ATM dalam usaha membantu Veteran ATM meningkatkan sosioekonomi mereka. Perkhidmatan yang disediakan adalah pembayaran pencen, ganjaran dan semua bayaran lain yang berkaitan persaraan, pembangunan dan pengukuhan usahawan, penempatan Veteran dan pemberian bantuan kebajikan.
 

LATARBELAKANG

JHEV ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000. JHEV telah memulakan operasi pada 1 Januari 2001 bertempat di 301, Medan Tuanku, Jln Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah JHEV yang pertama ialah Mejar Jeneral Dato’ Mohd Amin bin Md Salleh.
 

KETUA PENGARAH JHEV
1. Mejar Jeneral Dato’ Mohd Amin bin Md Salleh (1 Mei 2001 - 19 Februari 2004)
2. Mejar Jeneral Dato’ Hashim bin Yahaya (19 Februari 2004 - 22 Ogos 2005)
3. Mejar Jeneral Dato’ Zulkiple bin Hj. Kassim (6 September 2005 - sekarang)
 
BAHAGIAN-BAHAGIAN DI JHEV
 
BANGUNAN MEDAN TUANKU
301, Medan Tuanku, Jln Tuanku Abdul Rahman,Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur
TINGKAT 1
1.  Bahagian Kebajikan
TINGKAT 2
2.  Bahagian Latihan dan Penempatan
3.  Bahagian Dasar
4.  Bahagian Sosioekonomi
5.  JHEV Cawangan Selangor / W.Persekutuan
 
TINGKAT 3
6.  Bahagian Khidmat Pengurusan
 
MENARA TH PERDANA
1001 Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
TINGKAT 8
7.  Bahagian Pencen
TINGKAT 9
8.  Bahagian Kewangan dan Akaun
TINGKAT 20
9.  Pejabat Ketua Pengarah
10.  Bahagian Teknologi Maklumat