PIAGAM PELANGGAN
Bersesuaian Dengan Matlamat Pelan Integriti Nasional (PIN) Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Berkualiti Yang Telus Seperti Berikut :
 
Bantuan Kebajikan
Menyelesaikan semua permohonan dibawah Skim Bantuan Kebajikan dalam tempoh tidak melebihi lima (5) minggu.
 
Penempatan Kerjaya
1. Memastikan pencalonan Veteran ATM yang memenuhi kriteria dihantar kepada majikan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan diterima.

2. Menentukan setiap majikan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada Veteran ATM akan mendapat pencalonan dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.
 
Latihan
Memastikan semua permohonan Veteran ATM untuk menghadiri kursus di dalam atau di luar PERHEBAT mendapat tawaran berkursus dalam tahun semasa.
 
Pembangunan Usahawan
1. Memastikan semua program atau aktiviti pembangunan usahawan disebarkan dalam masa satu bulan sebelum program atau aktiviti dijalankan.

2. Mengemukakan surat tawaran kepada Veteran ATM yang berjaya dalam masa 2 minggu daripada tarikh program atau aktiviti dijalankan.

3. Memastikan surat sokongan dikeluarkan pada hari yang sama selepas permohonan diterima.
 
Urusan Pembayaran Pencen dan Faedah Persaraan
Memastikan bayaran pencen dan faedah-faedah persaraan dibuat mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu :

1. Para pesara akan menerima bayaran pencen dan faedah persaraan pada 21 haribulan setiap bulan kecuali tarikh lain yang diputuskan oleh Kerajaan.

3. Memprroses semua dokumen-dokumen pelarasan dan ulangkaji ke atas faedah persaraan dalam tempoh 30 hari selepas menerima dokumen perubahan status.