PERANAN
Secara umumnya peranan dan fungsi JHEV adalah seperti berikut :-
 
1. Menggubal dasar dan perundangan bagi melindungi kepentingan Veteran ATM di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi.
 
2. Merancang dan melaksanakan skim bantuan dan kebajikan seperti berikut:

    a) Bantuan Sara Hidup
    b) Bantuan Persekolahan
    c) Bantuan Kesihatan Dan Perubatan
    d) Bantuan Kemasukan ke IPT
    e) Bantuan Kecemasan dan Bencana Alam
 
3. Menetapkan polisi latihan dan memantau pelaksanaan kursus/latihan pra peralihan, peralihan dan post peralihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT.
 
4. Membantu Veteran ATM mendapatkan pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
 
5. Membantu Veteran ATM mendapatkan peluang dan kemudahan dalam bidang keusahawanan serta menyelaraskan segala khidmat dan bantuan dari jabatan/agensi berkaitan.
 
6. Mengurus dan memantau pembayaran pencen dan faedah-faedah pasaran kepada Veteran ATM.
 
7. Memupuk dan mengekalkan kesedaran orang awam terhadap sumbangan dan pengorbanan Veteran ATM.