OBJEKTIF

JHEV ditubuhkan untuk membantu Veteran ATM menjalani kehidupan yang selesa sebagai pengiktirafan di atas pengorbanan semasa di dalam perkhidmatan.

MISI
Menjaga kebajikan Veteran ATM supaya mereka terus menjadi aset kepada negara dan masyarakat.
DASAR KUALITI

1.  JHEV sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kebajikan, meningkatkan pembangunan sosioekonomi Veteran ATM melalui latihan, penjodohan dan penempatan kerjaya serta melaksanakan bayaran pencen menerusi pengurusan yang sistematik dan profesional yang berlandaskan piawaian MS ISO 9001:2000.

2.  Sentiasa bersungguh-sungguh untuk memperolehi kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diberi kepada Veteran ATM melalui aktiviti penambahbaikan secara berterusan.

3.  Sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, efisien dan yang boleh memenuhi kepuasan semua Veteran ATM.
 

Untuk mencapai ini, kami akan mengambil tindakan berikut :

1.  Memberi keutamaan kepada kualiti.
2.  Memastikan penyertaan dan penglibatan semua peringkat warga organisasi.
3.  Mengekalkan perhubungan dua hala yang baik dengan Veteran ATM, markas-markas
     perkhidmatan, Syarikat Korporat dan pihak-pihak berkepentingan.
4.  Mendapatkan pengiktirafan sebagai pusat kecemerlangan perkhidmatan 'One stop Centre'
     kepada Veteran ATM.