Definisi Veteran ATM
Warganegara Malaysia yang pernah bertugas sepenuh masa dalam mempertahankan Negara, terdiri daripada perkhidmatan-perkhidmatan:
    a.  Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
    b.  Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa.
    c.  Pasukan Force 136.
    d.  Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Singapura.
    e.  Sarawak Rangers.
Warganegara malaysia yang pernah menyertai mana-mana perkhidmatan keselamatan di atas adalah Veteran ATM dan layak dipertimbangkan untuk mendapat perkhidmatan-perkhidmatan dari JHEV.